Cara Mengatasi Sifat Panas Baran.
Monday, March 4, 2013 | 7:27 PM | 0 comments
Alhamdulillah, sye masih lagi diberi peluang untuk update blog pagi ni. Maknenye, syukur sbb sye masih lagi bernafas. Ada 'sikit' benda nk update. Kalau boleh guna, silalah guna. Manfaatkanya :)
Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri. Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah sehingga menjadikan dirinya seorang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yg remeh.
Perlu difahami, panas baran bukan sifat semula jadi malah, bukan sifat penyakit keturunan. Sebaliknya ia adalah sifat yg dibenarkan wujud dalam diri seseorang. Ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus daripada diri seseorang bergantung kepada kehendak dirinya sendiri. Lantas, pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah bagi mengatasi sikap panas baran itu.
1.Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan.
Jika anda tahu pasangan anda mempunyai sifat panas baran, elakkan daripada melakukan perkara yg boleh menimbulkan kemarahannya. Cepat memohon maaf jika tersalah dan akui kesilapan. Bagi anda yg panas baran, jika betembung dengan situasi yg boleh menimbulkan baran anda, segera jahkan diri anda daripada situasi tersebut dan carilah masa yg sesuai untuk bertenang.
2.Mendiamkan diri ketika marah.
Panas baran bermula dengan tindakan demi tindakan. Cara terbaik untuk mengurangkan sikap panas baran anda adalah dengan mendiamkan diri tanpa mengambil apa apa tindakan. Apabila anda berjaya menghayati sikap berdiam diri ketika marah, secara tidak langsung anda berusaha menghilangkan sikap panas baran anda sedikit demi sedikit.
3.Belajar menyampai kemarahan secara positif dan terhormat.
Jika sebelum ini anda terbiasa memekik atau bertindak ketika marah, usahakan untuk meluahkan rasa marah anda secara positif dan terhormat agar anda lebih dihormati. Perlahankan suara, bercakap menggunakan perkataan yg tidak menyakitkatkan hati orang lain dan elakkan bertindak secara fizikal.
4.Luah pada masa dan tempat yang sesuai.
Emosi marah yg tidak terkawal juga berpunca daripada perasaan yg dipendam. Ledakannya ibarat gunung berapi pendam yg mungkin meletus bila bila masa tanpa amaran. Lantas, sentiasa luahkan emosi malah apa jua masalah yg anda alami bertepatan pada masa dan tempatnya. Tindakan ini akan dapat mengurangkan tekanan anda seterusnya mengurangkan sikap panas baran anda.
5.Bawa Bertenang.
Anda perlu sentiasa belajar mengawal diri dengan bertenang dalam menghadapi apa jua keadaan dan situassi yg perlu menggugat kesabaran anda. Praktikkan untuk menarik nafas dalam dalam dan lepaskan. Jika anda muslim, beristighfarlah kerana beristighraf anda akan tahu anda adalah hamba-Nya dan jika Allah mampu mengampukan hamba-Nya, kenapa tidak anda? Memaafkan orang lain dapat mengelakkan panas baran.
6.Senyum!
Nampak macam satu perkaran mudah tetapi percayalah, senyuman mampu meredakan tekanan. Praktikkan untuk sentiasa melakarkan senyuman tanpa mengira masa dan keadaa. Walaupun anda dalam keadaan marah, cuba untuk senyum dalam situasi itu. Praktikkan senyum selama 30 saat atau 1 minit. Kosongkan minda, buang semua masalah dan senyum selama 30 saat. In shaa Allah, kemarahan akan kembali reda. Senyuman yg sentiasa terukir di bibir menjadi satu penawar kepada kemarahan dan sikap panas baran anda.
7.Berzikir.
Untuk muslim, sye menyarankan sentiasa mengamalkan zikir zikir bagi mengingati Allah. Ucapkanlah zikir Sayidatina Fatimah iaitu, "Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akbar". Sentiasa lafazkan zikir ini, in shaa Allah, akan dapat membantu meringakan tekanan hidup anda sekali gus mengelakkan sikap panas baran anda berleluasa.
Ingatlah, tiada satu faedah pun daripada sikap panas baran. Yang ada hanyalah keburukkan yg memusnahkan perkahwinan, persahabatan, kerjaya dan kesihatan anda.
Cara mengatasi kemarahan dalam Islam.
1.Mengubah posisi
Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring" (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk
Rasulullah s.a.w bersabda, "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptak daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud)
3.Minum air.
4.Mendiamkan diri ketika marah.
5.Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6.Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7.Berfikiran positif.
8.Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat, elakkan daripada memekik, bertindak garang atau memaki.
9.Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10.Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
Wallahu wa'lam.
Resources: Internet.
Good luck! :)

Hello and Assalamualaikum. Do follow my twitter, I live there :)

.gif)
